Kelas Mahir Pertanian Pintar (Minggu Akhir)

21 Jun 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Jun 2025, telah berlangsung Kelas NADI Mahir Pertanian Pintar secara atas talian. Kelas ini berlangsung selama 1 jam, bermula pada jam 9:30 pagi sehingga 10:30 pagi di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.

Kursus NADI Mahir Pertanian Pintar pada minggu ini adalah minggu yang akhir. Guru mahir membuat ulangan kaji mengenai semua pembelajaran di kelas mahir pertanian pintar. Terima kasih kepada pelajar kelas mahir yang sentiasa memberi tumpuan dan komitmen sepenuhnya.

Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali